Tuesday, November 18, 2008

NILAI-NILAI MORAL!!!!woot~~

1. Perkembangan Diri


(i)Kepercayaan kepada Tuhan
-keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam den mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

(ii)Amanah
-Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

(iii)Harga diri
-Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

(iv)Bertanggungjawab
-Keupayaan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

(v)Hemah tinggi
-Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

(vi)Toleransi
-Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

(vii)Kasih sayang
-Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

(viii)Berdikari
-Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

(viiii)Kerajinan
-Usaha yang penuh dengan semangat ketekunan,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

(vv)Keadilan
-Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

(vvi)Rasional
-Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

(vvii)Kesederhanaan
-Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiranmpertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.


2.Kekeluargaan


(i)Kasih sayang terhadap keluarga
-Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

(ii)Hormat dan taat kepada anggota keluarga
-Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.

(iii)Mengekalkan tradis kekeluargaan
-Menerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat atau kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

(iv)Tanggunjawab terhadap keluarga
-Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahrikan keluarga abhagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah negara.


3.Alam sekitar


(i)Menyayangi dan menghargai alam sekitar
-Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

(ii)Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
-Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

(iii)Kemapanan alam sekitar
-Pengekalan dan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

(iv)Peka terhap isu-isu alam sekitar
-Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.


4.Patriotisme


(i)Cinta akan negara
-Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

(ii)Taat setia kepada raja dan negara
-Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.

(iii)Sanggup berkorban untuknegara
-Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.


5.Hak asasi manusia


(i)Melindungi hak kanak-kanak
-Membela,memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

(ii)Menghormati hak wanita
-Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh member sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara.

(iii)Melindungi hak pekerja
-Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan,jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

(iv)Menghormati hak golongan kurang berupaya
-Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

(v)Melindungi hak pengguna
-Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang pengguna berilmu,memndapat perkhidmatan dan barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.


6.Demokrasi


(i)Mematuhi peraturan dan undang-undang
-Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan dimana seseorang itu berada.

(ii)Kebebasan bersuara
-Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

(iii)Kebebasan beragama
-Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

(iv)Penglibatan diri dalam pembangunan negara
-Kebebasan untukmelibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

(v)Sikap keterbukaan
-Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.


7.Keamanan dan Keharmonian


(i)Hidup bersama secara aman
-Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

(ii)Saling membantu dan bekerjasama
-Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu,komuniti atau negara untuk mencaoai sesuatu matlamat.

(iii)Saling menghormati antara negara
-Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.


Okok evrybody...tats the last time i am gonna use bm in my life edi...NO MORE BAHASA MALAYSIA!!!!n i wrote tis so tat who visits my blog can b benefited frm it lor..lol...n if i can i will cancel the moral subject for our future generation cos i personally feels tat...its useless in the our life cos we dun hav to study moral to b a moral-ed children....